Cocktail

Empat sekawan yang meraikan parti menemui mayat seorang wanita tidak dikenali pada keesokan harinya. Mereka tiada pilihan lain selain membuang mayat itu secara rahsia dan perbuatan mereka telah dilihat oleh satu-satunya saksi, iaitu seekor burung nuri. Dalam perjalanan untuk membuang mayat itu, mereka turut berdepan masalah lain, yang mana terdapat pihak yang ingin membeli sebuah patung berhala "Lord Murugan" yang telah dicuri dan dijual kepada seorang orang asing. Kini mereka perlu mencari siapa pembunuh sebenar wanita tersebut, melindungi patung berhala itu serta mendapatkan pertolongan daripada burung nuri untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah.

Bahasa: Tamil
Sarikata: English
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 11 Julai 2020
Genre:
Durasi: 135 Minit
Pengedar: Lotus Five Star
Pelakon: Yogi Babu, Reshmi Gopinath, Mithun Mageswaran, Mime Gopi
Pengarah: RA Vijaya Murugan
Format: 2D