White Snake

Susulan satu insiden, Xiao Bai mengalami hilang ingatan dan tidak sedar bahawa dia adalah ular jadian putih. Ketika masih berada dalam bentuk manusia, dia bertemu Ah Xuan, seorang penangkap ular. Hubungan mereka semakin rapat dan Ah Xuan bercadang untuk membantu memulihkan ingatannya. Xiao Bai mula mengingati masa lampaunya selepas bertemu kakaknya Xiao Qing, ular jadian hijau yang cuba mengembalikan identitinya. Kini Xiao Bai perlu membuat keputusan sama ada untuk terus tinggal bersama Ah Xuan dan dilabel sebagai pengkhianat, atau kembali ke kehidupan lamanya bersama ular-ular jadian yang lain.

Bahasa: Mandarin
Sarikata: English / Malay / Chinese
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 24 Disember 2020
Genre: Animasi
Durasi: 99 Minit
Pengedar: Antenna Entertainments
Pelakon: Zhang Zhe, Yang Tianxiang, Tang Xiaoxi, Liu Ziling
Pengarah: Amp Wong, Zhao Ji
Format: 2D