Z

Elizabeth Parsons hidup bahagia bersama suaminya, Kevin, dan anak lelaki mereka, Joshua. Suatu hari, Joshua meminta ibu bapanya menyediakan ruang makan untuk rakan imaginasinya yang digelar Z. Pada mulanya, Elizabeth menganggap perkara itu normal selepas berbincang dengan pakar psikologi, tetapi dia mula menyedari perlakuan anaknya semakin pelik. Kebimbangannya semakin bertambah apabila Joshua dibuang sekolah setelah dia dilaporkan bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kasar. Namun Joshua menyalahkan Z atas semua tindakannya, menyebabkan Elizabeth nekad untuk mencari jalan penyelesaian. Apa yang lebih menakutkan adalah apabila dia menyedari Z bukanlah sekadar rakan imaginasi, tetapi makhluk itu benar-benar wujud.

Bahasa: English
Sarikata: Malay / Chinese
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2020
Genre: Seram
Durasi: 83 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Keegan Connor Tracy, Jett Klyne, Sean Rogerson
Pengarah: Brandon Christensen
Format: 2D