Familyhood (KFF)

Sebagai bintang TV terkenal, Go Joo-yeon memiliki segala-galanya, kemasyhuran, wang dan teman lelaki yang juga seorang pelakon. Walau bagaimanapun, kariernya mula merosot selepas usianya mencecah 40 tahun. Dia kini tiada tempat bergantung apabila mendapati teman lelakinya, yang 12 lebih muda daripadanya, berlaku curang dan mengambil kesempatan terhadap kemasyhurannya. Apabila bertemu seorang gadis remaja yang sedang hamil, Kim Dan-ji, Joo-yeon turut berhasrat untuk mempunyai anak sendiri. Malangnya dia telah pun disahkan menopaus. Joo-yeon akhirnya merancang untuk mengambil anak remaja itu sebagai anak angkat dengan menawarkan sejumlah wang kepadanya, dan mengadakan sidang media bagi mengumumkan kehamilannya.

Bahasa: Korean
Sarikata: English
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 5 November 2020
Genre:
Durasi: 119 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Kim Hye-Soo, Ma Dong-Seok, Kim Hyun-Soo, Kim Yong-Geon
Pengarah: Kim Tae-Gon
Format: 2D