Step (JFF)

Berdasarkan novel nukilan Kiyoshi Shigematsu yang sama judulnya, filem ini mengisahkan pengorbanan bapa tunggal, Kenichi, dalam membesarkan anak perempuannya, Miki. Selepas isterinya, Tomoko, meninggal dunia, ibu bapa mertuanya menasihatinya untuk berkahwin lain walaupun mereka berasa ragu-ragu dengan cadangan itu. Walau bagaimanapun, Kenichi enggan bersetuju demi menjaga perasaan ibu bapa mertuanya. Selama sepuluh tahun, Kenichi sentiasa berada di sisi Miki, bermula dari hari pertamanya di tadika, hinggalah dia tamat sekolah rendah. Namun pengalaman membesarkan anaknya seorang diri bukanlah mudah kerana dia perlu berdepan dengan pelbagai cabaran.

Bahasa: Japanese
Sarikata: English
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2021
Genre:
Durasi: 119 Minit
Pengedar: Film Festival Organizer
Pelakon: Takayuki Yamada, Rine Tanaka, Tamaki Shiratori, Misaki Nakano, Ryoko Hirosue, Kimiko Yo, Jun Kunimura
Pengarah: Ken Iizuka
Format: 2D